News

Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi Konsert KEPCI Music Festival 2023

todayAugust 29, 2023 8

Background
share close


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan sekumpulan pelajar tahfiz didakwa dijemput sebagai penonton untuk berada di sebuah persembahan konsert KEPCI Music Festival 2023 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Ramai pihak yang berpendapat bahawa kehadiran sekumpulan tahfiz itu kurang menyenangkan kerana terdapat persembahan yang disifatkan agak keterlaluan.


Individu Tampil Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Music Festival 2023

Berdasarkan satu kenyataan tular, seorang individu dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang telah tampil mengakui sebagai pihak yang membawa masuk pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Festival 2023.

Dakwanya lagi, pihak penganjur dan kerajaan tidak terbabit dengan jemputan kehadiran sekumpulan pelajar sekolah tahfiz itu.

Andrie menjelaskan bahawa dia dan rakannya berjaya mengumpul sumbangan untuk membawa sekitar 700 orang anak yatim dari 22 rumah kebajikan bagi memeriahkan festival muzik tersebut.

Tujuan kami adalah ikhlas dan jelas untuk menjemput mereka bersama-sama bagi memeriahkan festival tersebut yang turut menyediakan permainan kanak-kanak iaitu ‘Bouncing Castle’ dan lain-lain.

Andrie Ung Han Xiang.

Andrie juga memaklumkan bahawa dia serta rakannya secara ikhlas mengajak pelajar tahfiz berkenaan untuk menghadiri festival tersebut.

Untuk info, pada Sabtu lalu (26 Ogos) sebuah persembahan konsert KEPCI Music Festival 2023 telah dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dengan pelbagai artis jemputan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Ella dan Misha Omar.

Festival terbabit juga dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.





Source link

Written by: Soft FM Radio Staff

Rate it

Electro Music Newsletter

Don't miss a beat

Sign up for the latest electronic news and special deals

EMAIL ADDRESS*

By signing up, you understand and agree that your data will be collected and used subject to our Privacy Policy and Terms of Use.

0%